KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini membenarkan permohonan lapan veteran tentera untuk mencabar kelewatan Menteri Dalam Negeri membuat keputusan berhubung rayuan mereka mendaftarkan Parti Kemakmuran Negara sebagai sebuah parti politik.
Peguam Lim Wei Jiet, yang mewakili kesemua pemohon berkata, Hakim Datuk Ahmad Kamal Md Shahid membuat keputusan tersebut selepas pendengaran permohonan semakan kehakiman itu semalam.
"Mahkamah juga mengarahkan Menteri Dalam Negeri membuat keputusan mengenai rayuan itu (pendaftaran parti) dalam tempoh 14 hari bermula semalam," kata peguam itu ketika dihubungi Bernama pada Rabu.
Pada 18 Julai lepas, Hakim Ahmad Kamal membenarkan permohonan lapan individu itu untuk memulakan prosiding semakan kehakiman tersebut.
Brigidier Jeneral (B) Datuk Abdullah Mohamed, Komander (B) Yasin Hamzah, Kapten (B) Ab Manan Mansor, Abdull Rahim Hashim, Mejar (B) Kaha Othman, Sazali Ramli, Alias Abd Wahab dan Leftenan Kolonel (B) Jalil Ithnin memfailkan permohonan semakan kehakiman itu pada 7 Julai lepas dengan menamakan Menteri Dalam Negeri dan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) sebagai responden.
Mereka memohon perintah mandamus untuk menteri membuat keputusan mengikut Seksyen 18 Akta Pertubuhan 1966 berhubung rayuan terhadap keputusan RoS pada 16 Mac lepas yang menolak pendaftaran parti itu sebagai entiti politik dalam tempoh tujuh hari dari tarikh perintah.
Mereka, yang merupakan penaja parti itu, memfailkan permohonan atas alasan antaranya kelewatan responden membuat keputusan berhubung rayuan pendaftaran parti tersebut adalah tidak munasabah serta melanggar hak berpersatuan dan bersuara pemohon mengikut Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan.
Kesemua pemohon juga mendakwa kelewatan responden telah melanggar hak mengundi yang termaktub dalam Artikel 119 Perlembagaan Persekutuan. - Bernama