Shahar Koyok, 37, keturunan Orang Asli suku kaum Temuan dari Kampung Pulau Kempas, Banting, Selangor menunjukkan hasil karyanya yang dilukis di atas tikar mengkuang di studionya ketika ditemui Bernama baru-baru ini.
Tidak seperti pelukis lain yang lazimnya menggunakan fabrik linen sebagai kanvas, keunikan Shahar lebih terserlah apabila tikar mengkuang dipilih untuk melukis potret Orang Asli.
Menurut beliau, tikar mengkuang biasanya digunakan sebagai hamparan di kebanyakan rumah Orang Asli, malah ia juga mencetus memori zaman kanak-kanak beliau kerana ibunya juga turut menganyam sendiri tikar mengkuang. - Foto Bernama.