'Rakyat jangan panik keluar simpanan TH'

Iklan
Ahmad Fadhli Shaari

KOTA BHARU - Orang ramai jangan bertindak tanpa berfikir panjang untuk mengeluarkan simpanan dalam Tabung Haji kerana suasana panik tersebut akan beri kesan kepada keruntuhan satu-satunya institusi kewangan Islam di negara ini.

Naib Ketua Pemuda Pas Pusat, Ahmad Fadhli Shaari berkata, orang ramai dan pendeposit terutamanya jangan terlalu ghairah untuk membuat keputusan melulu dan beri masa kepada kerajaan untuk menentukan sejauh mana peningkatan dan penurunan kadar tersebut.

Iklan
Iklan

"Lebih baik berusaha untuk mengeluarkan PH dari Putrajaya daripada mengeluarkan deposit dari Tabung Haji. Saya harap pendeposit tidak ambil langkah itu kerana menyebabkan berlakunya suasana panik.

Pendeposit diharap bersabar walaupun kita tidak berpuas hati dengan apa yang berlaku itu,” katanya kepada Sinar Harian di sini.

Iklan
Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: Kadar hibah TH dijangka lebih rendah bagi tahun akan datang