JBPM turut pantau negeri bukan 'hotspot' banjir

Iklan
Mohamad Hamdan (kiri) melakukan lawatan dan meninjau kesiapsiagaan dan aset JBPM Kedah bagi menghadapi MTL di BBP Alor Setar di sini, pada Rabu.

ALOR SETAR – Negeri bukan ‘hotspot’ banjir di Malaysia turut dipantau dalam operasi pengurusan bencana sebagai persiapan menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) tahun ini.

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Seri Mohamad Hamdan Wahid berkata, antara negeri itu ialah Kedah meskipun bukan lokasi panas utama yang mengalami kesan banjir.

Iklan
Iklan

Jelasnya, walaupun Kedah bukan dalam senarai hotspot utama yang mengalami kesan daripada banjir akibat MTL tetapi berlaku kejadian tidak dijangkakan.

"Kita juga melihat kawasan pantai sebagai contohnya di Terengganu, Kedah dan Pahang yang menjadi tempat hotspot utama selain memantau Johor, Sabah serta Sarawak kerana lazimnya setiap tahun kawasan ini akan terkesan teruk akibat kenaikan paras air,” katanya.

Iklan

Beliau berkata sedemikian selepas lawatan dan meninjau kesiapsiagaan dan aset JBPM Kedah bagi menghadapi MTL di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar di sini, pada Rabu.

Hadir sama, Pengarah JBPM Kedah, Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba Sayani Saidon dan Timbalan Pengarah JBPM Kedah, Penolong Pesuruhjaya Bomba, Syufa’at Kamaron.

Iklan

Sebelum itu, Mohammad Hamdan diberikan taklimat persediaan menghadapi MTL JBPM Kedah yang dikendalikan Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM Kedah, Penguasa Kanan Bomba 1 Mohamadul Ehsan Mohd Zain.

Dalam pada itu, Mohamad Hamdan memberitahu, lawatan dilakukan di seluruh negara bermula dengan utara tanah air bagi meninjau tahap kesiapsiagaan dalam menangani pengurusan operasi bencana berikutan perubahan monsun MTL yang dijangka bermula November hingga Mac akan datang.

Katanya, lawatan dan tinjauan kesiapsiagaan serta aset JBPM akan diteruskan ke Selangor, Khamis ini dan akan diteruskan ke negeri-negeri lain sebagai persediaan mengadapi MTL itu.

Dalam perkembangan sama, beliau turut berpuas hati dengan persediaan sumber manusia, aset serta logistik di negeri ini namun akan menambah baik segala keperluan-keperluan yang ada.

"JBPM telah bersiap sedia dengan 1,800 aset melibatkan daratan, air dan juga udara di seluruh negara untuk menghadapi MTL tersebut.

"Antaranya 1,400 aset daratan,400 aset air serta sembilan pesawat helikopter disediakan untuk kerja-kerja pemantauan, penyelamatan serta bantuan khidmat bencana ketika berlakunya banjir.

"Malah, kita juga telah melakukan persediaan untuk melaksanakan operasi-operasi penyelamatan dan juga pemindahan mangsa di seluruh negara,” katanya.

Katanya, JBPM juga membuat kolaborasi dengan agensi-agensi yang lain seperti Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Lembaga Sungai sehingga kerajaan negeri iaitu sebelum, semasa dan juga pasca banjir.

"Paling penting sekarang adalah pergerakan jawatankuasa pengurusan bencana daerah kerana bila berlakunya banjir di daerah yang terkesan, pihak pertama menerima padah daripada bencana ini adalah komuniti di daerah itu.

"Sebab itu kita memohon supaya ketua balai di daerah berkenaan memberi taklimat kepada pegawai daerah untuk terangkan tentang persiapan, pengurusan dan operasi,” katanya.

Beliau turut mengingatkan orang awam yang ingin melakukan aktiviti di kawasan berisiko supaya membuat perancangan sebaik mungkin, sekali gus mendapat informasi terlebih dahulu bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.