Putin sedia 'berperang'

Iklan

MOSCOW - Presiden Rusia, Vladimir Putin pada Rabu berikrar untuk menggunakan ‘segala cara yang ada’ untuk melindungi wilayah Moscow setelah ia mengarahkan gerakan tentera terbesar terdiri daripada pasukan anggota simpanan buat pertama kali sejak Perang Dunia Kedua tercetus.

Pengumuman mengejut itu dibuat setelah Putin mendakwa Barat cuba memusnahkan Rusia dengan memberikan sokongan secara berterusan kepada Ukraine.

Iklan
Iklan

"Kita perlu bertindak melindungi rakyat apabila integriti wilayah kita mula terancam. Hal ini bukan satu tipu muslihat,” tegasnya yang turut mengarahkan penambahan bajet untuk meningkatkan pengeluaran senjata negara itu.

Putin turut menyelar tindakan provokasi yang cuba memeras ugut negara itu dengan penggunaan senjata nuklear setelah Barat dituduh memulakan perang proksi dengan Kremlin.

Iklan

"Moscow juga perlu menyokong penduduk di Kiev yang mahu menentukan masa depan mereka sendiri,” katanya merujuk kepada referendum untuk menyertai Rusia yang dirancang di empat wilayah Ukraine yang bermula pada Jumaat ini.

Sementara itu, Menteri Pertahanan, Sergei Shoigu memaklumkan kira-kira 300,000 anggota simpanan akan dipanggil untuk menyertai pengerahan sebahagian tentera tersebut.

Iklan

Shoigu turut mengesahkan kira-kira 5,937 tentera Rusia terkorban dalam pertempuran di Ukraine sejak ia melancarkan operasi ketenteraan di Kiev pada Februari lalu.

Ketika ini, beberapa pemimpin Barat yang melihat perkembangan terbaharu konflik Rusia-Ukraine menyindir keputusan Moscow yang didakwa jelas mempamerkan kelemahan mereka dan bukti kegagalan dalam kempen pencerobohan yang dilancarkan di Kiev. - Agensi