Pusat tahfiz berbumbungkan langit

Iklan
Keadaan bahagian pusat tahfiz di bahagian atas tidak teratur dan terbuka.

KUANG - Projek naik taraf pusat Tahfiz Darul Ulama di Kampung Melayu Kundang terbantut selepas diuji dengan bumbung struktur asal bangunan menempatkan 100 pelajar itu diterbangkan ribut Mac lalu.

Sehingga kini, keseluruhan pelajar berusia 7 hingga 25 tahun itu belajar dengan suasana serba kekurangan selepas pengurusan belum melakukan kerja pembaikan.

Iklan
Iklan

Susulan itu, bahagian atas tahfiz yang dijadikan tempat persalinan pelajar berbumbungkan langit dan dalam keadaan tidak teratur sejak kejadian.

Mudir tahfiz itu, Muhammad Adnan Abdullah berkata, beliau memerlukan sekurang-kurangnya RM45,000 untuk penggantian bumbung secara total dan pendawaian elektrik.

Iklan

Ribut meranapkan bumbung Tahfiz Darul Ulama.

"Bumbung sebelum ini sudah bocor belum sempat berganti kini terbang ditiup ribut pula.

Iklan

"Strukturnya yang sedia uzur perlu digantikan secara keseluruhan termasuk gantian kayu bagi pengukuhan kerana melibatkan keselamatan pelajar.

"Bahagian atas sepatutnya dijadikan asrama pelajar lelaki, tetapi susulan insiden kebakaran tahfiz di Keramat, pengurusan ambil keputusan menempatkan ruang tidur pelajar di surau tingkat bawah yang lebih selamat jika berlaku kecemasan," katanya.

Katanya, jumlah terkumpul setakat ini hanya RM5,000 hasil sumbangan orang ramai dan juga wakil rakyat yang meninjau keadaan.

Bumbung terbang belum dibaiki.

"Peruntukan itu kami sasarkan untuk kerja baik pulih secara gotong-royong dan tidak melibatkan projek naik taraf bangunan tambahan yang sedang berjalan sejak awal tahun lalu.

"Walaupun serba kekurangan, pusat tahfiz masih beroperasi seperti biasa. Kami mahu fokus kerja penggantian bumbung terlebih dahulu sementara perancangan lain projek-projek lain akan difikirkan kemudian," katanya.

Orang ramai yang ingin menyalurkan sumbangan ke Tahfiz Darul Ulama boleh berbuat demikian melalui akaun Maybank 564100423448 atau Bank Islam 12289010021102.

Tilam yang masih berjemur.