WASHINGTON - Sebilangan wakil rakyat Amerika Syarikat (AS) meluahkan rasa marah berikutan cadangan Tentera AS supaya anggota-anggota tentera yang mengalami masalah kewangan memohon program bantuan makanan, lapor Fox News, baru-baru ini.
Tentera AS baru-baru ini mengeluarkan panduan baharu untuk askar-askarnya yang mengalami masalah kewangan dan mencadangkan mereka memohon Program Bantuan Pemakanan Tambahan (SNAP) ketika harga makanan meningkat tinggi.
Iklan
Iklan
Program itu menyediakan bantuan pembelian makanan kepada isi rumah yang berpendapatan rendah.
Berikutan inflasi yang melanda AS, harga pelbagai produk termasuk minyak sehingga barangan runcit meningkat manakala sejumlah askar dan keluarga mereka mendapati lebih sukar untuk berbelanja dengan menggunakan peruntukan kewangan sedia ada.
Justeru, seoorang pegawai tentera, Sarjan Mejar Michael Grinston mengemukakan cadangan tersebut sebagai penyelesaian pada Isnin lalu.
SNAP adalah salah satu jenis bantuan yang disediakan oleh Program Kesediaan Kewangan Tentera Darat,
Namun, seorang Ahli Kongres AS, French Hill menganggap situasi itu sebagai 'gila' manakala seorang lagi Ahli Kongres negara itu, Nancy Mace menyebutnya sebagai satu bentuk 'kegilaan'. - Agensi