Tak salah main motosikal, namun kena tahu tanggungjawab

Iklan
Program RXZ Members dilangsungkan di Kuala Nerus, Terengganu, Ogos lalu membangkitkan keghairahan kepada pencinta jentera dua tayar itu.

SEJAK akhir-akhir ini amat kerap sekali penganjuran program-program bermotosikal yang ibarat kembali bernyawa selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Covid-19.

Senang cerita ia bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Paling gempak dan top apabila program RXZ Members dilangsungkan di Kuala Nerus, Terengganu, Ogos lalu membangkitkan keghairahan kepada pencinta jentera dua tayar itu.

Iklan
Iklan

Merak Jalanan berpeluang menyaksikan bermacam gelagat penunggang dari setiap pelosok negara yang membuktikan rasa semangatnya.

Lebih epik lagi apabila ia dilangsungkan ketika bulan kemerdekaan, ada penunggang yang mengibarkan bendera negeri masing-masing.

Apa pun, bagi Merak Jalanan, konsepnya mudah, biarpun penyertaan dalam program sebegini adalah minat individu, namun harus diingat tentang tanggungjawab.

Iklan

Tanggungjawab sebagai bapa, suami mahu pun anak. Usah diabaikan tanggungjawab hingga membebankan pihak tertentu. Ini bukan sahaja mengenai program RXZ Members, ia turut merangkumi semua hobi seperti memancing.

Harus diingat, biarpun hobi yang dilakukan itu bukanlah satu kesalahan, tapi sebagai anak Adam, pikullah tanggungjawab seberat mana pun dengan seadilnya.

Iklan

Sebenarnya Merak Jalanan bukan marah, tapi geram apabila ada segelintir pihak yang berani mengambil kesempatan. Contohnya, curi motosikal ketika program motosikal.

Tidak cukup dengan itu, tungganglah motosikal dengan cara yang selamat. Bukan dengan aksi melampau hingga mengancam nyawa sendiri atau pengguna jalan raya lain.

Hal ini jugalah yang boleh merosakkan imej peminat motosikal hingga boleh dianggap sebagai samseng jalanan.

Main motosikal tidak salah, tapi ketahuilah cara hormat dan tanggungjawab.