Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Iklan
Ringgit terus mencatatkan aliran penurunan untuk dibuka rendah berbanding dolar AS hari ini. Foto hiasan
RINGGIT terus mencatatkan aliran penurunan untuk dibuka rendah berbanding dolar AS hari ini berikutan harga minyak merosot dan selepas bank pusat Amerika Syarikat (AS) mengumumkan kenaikan kadar faedah yang tinggi.
Pada 9 pagi, mata wang tempatan merosot kepada 4.5665/5700 berbanding dolar AS daripada 4.5520/5550 semalam.