KUALA LUMPUR - Seorang wanita sesak nafas dalam kejadian kebakaran rumah kedai Lorong Haji Taib 1, Chow Kit di sini petang tadi.
Pusat Gerakan Operasi Bomba Kuala Lumpur dalam kenyataannya memberitahu, mangsa berusia 38 tahun itu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan lanjut.
Iklan
Iklan
Terdahulu, pihaknya menerima menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS 999 pada jam 1.54 petang dan seterusnya menghantar jentera ke tempat kejadian dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Titiwangsa bersama bantuan dari BBP Sentul dan BBP Jalan Hang Tuah dengan kekuatan anggota seramai 35 orang.
"Jentera yang pertama tiba pada jam 2.01 petang dan didapati api sedang marak. Kebakaran melibatkan dua unit rumah kedai di tingkat paling atas bangunan tiga tingkat berkenaan.
"Api dapat dikawal 13 minit kemudian dan operasi memadam sepenuhnya masih dilaksanakan bomba. Rumah berkenaan musnah 90 peratus," katanya.