Ikan Sangkar

Iklan
Nur Aiman Syafiq Zainal Afif, 20, menabur makanan untuk ikan-ikan peliharaan milik bapanya di 20 buah sangkar ketika tinjauan di pinggir Sungai Kelantan di Kampung Kuala Nal hari ini.

Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) meminta petani, penternak dan nelayan membuat pendaftaran perusahaan yang mereka usahakan bagi memudahkan pengagihan bantuan khususnya ketika berlaku bencana.

Timbalan Menterinya Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, ia sebagai langkah persediaan pihaknya menyediakan peruntukan bagi membantu golongan itu apabila terjejas dengan bencana alam.