Sultan Nazrin amat prihatin isu rasuah: Mohd Kamal

Iklan
Mohd Kamal (dua dari kanan) bersama Hussamuddin (kiri) dan Rais Hussin (kanan) mengiringi Sultan Nazrin menyempurnakan gimik pelancaran buku 'Korupsi dan Kemunafikan Dalam Politik Melayu' di Kumpulan Karangkraf pada Khamis. - Foto SINAR HARIAN/ ROSLI TALIB & ASRIL ASWANDI SHUKOR

SHAH ALAM - Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah disifatkan sebagai seorang raja yang amat mengambil berat mengenai isu rasuah yang berlaku di negara ini.

Penulis buku Korupsi dan Kemunafikan Dalam Politik Melayu: Perlunya Disegerakan Transformasi Moral-Etika, Profesor Emeritus Tan Sri Dr Mohd Kamal Hassan berkata, besar harapannya agar Sultan Nazrin sebagai raja dan payung negara boleh memimpin rakyat agar bangkit menentang penyakit rasuah yang menghancurkan negara.

Iklan
Iklan

"Saya amat gembira dan bersyukur kepada ALLAH, kerana hari ini buku saya yang diterjemahkan dalam bahasa Melayu dilancarkan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Nazrin. Baginda sendiri sangat prihatin tentang masalah rasuah.

"Baginda menzahirkan berhubung perkara berkenaan, jadi harapnya supaya negara kita bersih daripada rasuah," katanya pada Sinar Harian pada Khamis.

Iklan
Mohd Kamal

Sultan Nazrin yang juga Timbalan Yang di-Pertuan Agong menyempurnakan pelancaran buku Korupsi dan Kemunafikan Dalam Politik Melayu: Perlunya Disegerakan Transformasi Moral-Etika di Kompleks Kumpulan Karangkraf di sini.

Buku karya Mohd Kamal itu diterbitkan EMIR Research dan pelancarannya dibarakan oleh Sinar Harian yang turut menyiarkan acara itu secara langsung di semua platform digitalnya selain disiarkan Astro Awani.

Iklan

Hadir sama pada majlis itu, Pengerusi Lembaga Pengarah Kumpulan Karangkraf yang juga Ketua Pasukan Rasuah Busters, Datuk Hussamuddin Yaacub dan Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif EMIR Research, Datuk Dr Rais Hussin Mohamed Ariff.

Ketika menyampaikan ucapan, Mohd Kamal berkata, teguran dan nasihat yang disampaikan beberapa kali oleh Sultan Nazrin amat bermakna sekali kerana ia mencerminkan keprihatinan, keberanian, kejujuran, kepekaan dan kepedulian baginda mewakili keluhan semua rakyat.

"Tiap kali Sultan Nazrin sebagai ketua agama Islam yang amat peduli tentang nasib rakyat, maruah bangsa, nasib negara akibat tindak-tanduk ahli politik yang yang tak bermoral, kita berasa lega dan bersyukur," katanya.