REMBAU - Seorang pemandu lori maut, manakala tujuh anggota polis cedera parah selepas terlibat dalam nahas di Kilometer 225 Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) arah utara petang Khamis.
Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Hazri Mohamad berkata, kejadian pada jam 3.40 petang itu melibatkan van pasukan polis yang dinaiki tujuh anggota Johor Baharu Utara, sebuah lori dan dua kereta.