Bekas polis Minneapolis dipenjara 3 tahun sebabkan kematian Floyd

Iklan
Bekas pegawai polis Minnesota, Minneapolis, Thomas Lane. - Foto AFP via Getty Images

WASHINGTON - Bekas pegawai polis Minnesota, Minneapolis, Thomas Lane, dijatuhi hukuman penjara tiga tahun kerana menyebabkan kematian lelaki kulit hitam Amerika, George Floyd, lapor Xinhua.

Lane pada Mei lepas mengaku salah membantu dan bersubahat membunuh tanpa niat. Dia juga didapati bersalah pada Februari, bersama dua lagi bekas anggota polis Minneapolis, dengan pertuduhan hak sivil persekutuan, berhubung kematian Floyd.

Iklan
Iklan

Lane sedang menjalani hukuman penjara dua setengah tahun di penjara persekutuan di Littleton, Colorado. Sebagai sebahagian daripada tawaran rayuan beliau bagi pertuduhan itu, Lane akan jalani hukuman itu serentak di penjara persekutuan itu.

Floyd, 46, terbunuh pada 25 Mei, 2020, selepas rakan setugas Lane, Derek Chauvin, menghimpit lehernya lebih sembilan minit.

Iklan

Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman penjara 21 tahun ke atas Chauvin pada awal musim panas lepas kerana melanggar hak sivil Floyd.

Kematian Floyd mencetuskan kemarahan dan bantahan di seluruh AS pada musim panas 2020 akibat kekejaman dan sikap perkauman polis. - Bernama

Iklan