PKR Selangor umum ahli MPN baharu penggal 2022-2025

Iklan
Kenyataan Mohd Khairuddin pada Khamis.

SHAH ALAM - Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor mengumumkan barisan ahli Majlis Pimpinan Negeri (MPN) baharu untuk sesi 2022 hingga 2025.

Setiausahanya, Mohd Khairuddin Othman berkata, pelantikan tersebut mendapat persetujuan daripada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menurut Fasal 27.5 Perlembagaan Parti.

Iklan
Iklan

Menurutnya, PKR Selangor bersedia untuk memasuki Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), yang mana semua Cabang Keadilan di negeri tersebut diarah memasuki fasa terakhir persiapan jentera.

"PKR Selangor menyatakan komitmen untuk memperkukuh Pakatan Harapan (PH) bersama-sama anggota komponen parti yang lain.

Iklan

"Selain itu, PKR Selangor akan memperhebatkan semua bentuk gerak kerja di seluruh negeri ini, termasuk membantu rakyat ketika menghadapi musim tengkujuh yang dijangka pada hujung tahun ini," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Dalam pada itu, Mohd Khairuddin turut memaklumkan, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari masih menyandang jawatan Pengerusi MPN, diikuti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Sepat, Borhan Aman Shah sebagai Timbalan Pengerusinya.

Iklan

Ujarnya, jawatan Naib Pengerusi 1 pula disandang oleh ADUN Kajang, Hee Loy Sian, manakala Naib Pengerusi 2 pula oleh Ahli Parlimen Sungai Buloh, Sivarasa Rasiah dan Naib Pengerusi 3 ialah ADUN Batu Tiga, Rodziah Ismail.

"Jawatan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor disandang oleh Muhammad Izuan Ahmad Kasim, manakala Ketua Wanita pula ialah ADUN Permatang, Rozana Zainal Abidin.

"Selain itu, jawatan Bendahari PKR Selangor dipegang oleh ADUN Bukit Lanjan, Elizabeth Wong Keat Ping diikuti dengan jawatan Ketua Penerangan PKR iaitu ADUN Seri Setia, Halimey Abu Bakar,"katanya.

Berikut adalah barisan anggota MPN Selangor lain bagi penggal 2022 hingga 2025:

Setiausaha Pengelola: Saifuddin Shafi Muhammad

Pengarah Komunikasi: Azmizam Zaman Huri (ADUN Pelabuhan Klang)

Pengarah Operasi Pilihan raya: Mohd Yahya Mat Shari

Pengarah Strategi: Dr Yaakob Sapari

Ex-Officio: Juwairiya Zulkifli (ADUN Bukit Melawati).