DUNGUN - Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) tidak perlu dibuat secara tergesa-gesa terutama ketika musim tengkujuh kerana kerajaan perlu memberi keutamaan kepada persiapan menghadapi bencana banjir.
Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, justeru itu, beliau berpendapat, PRU15 lebih sesuai diadakan pada tahun hadapan.
Iklan
Iklan
"PRU ini, saya berpendapat kita kena ambil kira juga (aspek) seperti sekolah yang dijadikan pusat pemindahan banjir jadi ia sudah tidak sesuai dijadikan pusat pengundian.
"Keduanya mengenai anggota keselamatan yang saya lihat kalau musim tengkujuh, mereka terpaksa turun ke lapangan membantu mangsa banjir. Kalau waktu itu pilihan raya, mereka juga kena jaga peti undi dan mengiring pengundi.
Menteri Alam Sekitar dan Air itu berkata, bagaimanapun, tarikh pembubaran Parlimen bergantung kepada keputusan Jemaah Menteri serta Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. - Bernama