Meninggal dunia dalam bilik sewa

Iklan
Anggota bomba membawa mayat ke Unit Forensik HTAA - Foto: FB Bomba Pahang

KUANTAN- Seorang lelaki ditemui meninggal dunia dalam sebuah bilik sewa di bangunan kedai Jalan Alor Akar di sini, semalam.

Mangsa dikenali sebagai Chong Wan Chooi, 54 disedari rakan yang datang untuk membawanya ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini bagi menjalani rawatan Hemodialisis kira-kira jam 8 pagi.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd Noor Yusof Ali berkata, pada mulanya mangsa yang berasal dari Kepong, Kuala Lumpur disangka pengsan bagaimanapun dia disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan yang tiba bersama ambulans.

Menurutnya, berdasarkan keterangan rakannya, mangsa ada temujanji untuk rawatan itu dan rakannya berjanji untuk membawanya ke hospital.

Iklan

"Rakannya menunggu di tingkat bawah selama kira-kira dua jam namun mangsa tidak turun dan tidak menjawab panggilan telefon.

"Lelaki itu (rakan) naik ke bilik dan mendapati mangsa berada di atas kerusi dalam keadaan tidak sedarkan diri lalu menghubungi ambulans untuk bantuan,” katanya.

Iklan

Beliau berkata, mangsa difahamkan mangsa tinggal bersendirian dan menyewa di bilik itu sejak tujuh bulan lalu.

"Mangsa yang tidak mempunyai pekerjaan tetap mengidap sakit buah pinggang sejak dua tahun lalu dan mendapat rawatan di HTAA. Selain itu mangsa juga turut menghidap asma dan paru-paru berair,” katanya.

Menurutnya, mayat mangsa dituntut anaknya selepas kematian itu dimaklumkan kepada keluarga.