Saiful Bahari sila tampil segera

Iklan
Polis meminta Saiful Bahari Abd Aziz supaya tampil ke IPD Petaling Jaya dengan kadar segera. - Foto PDRM

PETALING JAYA - Polis meminta saksi perbicaraan, Saiful Bahari Abd Aziz supaya tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini dengan kadar segera.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, lelaki berusia 44 tahun itu merupakan saksi penting perbicaraan kes di bawah Seksyen 365 Kanun Keseksaan.

Iklan
Iklan

"IPD Petaling Jaya memohon kerjasama orang ramai yang mengenali penama Saiful Bahari Abd Aziz agar memberitahu penama bahawa dia adalah saksi penting bersabit laporan di Kelana Jaya.

"Saksi diminta untuk hadir segera ke IPD Petaling Jaya," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Iklan
Iklan

Sehubungan itu, beliau berkata, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan penama terbabit boleh berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat, Asisten Superintendan, Ahmad Marzuqi Ibrahim di talian 013-2222566.