Sukma MSN 2022: Separuh akhir didominasi pemain kebangsaan

Iklan
Tze Yong

PUSINGAN separuh akhir badminton perseorangan lelaki Sukan Malaysia (Sukma) MSN 2022, yang bakal berlangsung di Axiata Arena esok, menyaksikan dominasi pemain kebangsaan yang juga merupakan empat pemain pilihan utama.

Pilihan utama, Ng Tze Yong yang mewakili Johor akan bertemu Aidil Sholeh Ali Sadikin dari Selangor, manakala pilihan kedua Leong Jun Hao dari Wilayah Persekutuan akan berdepan wakil Kedah Jacky Kok Jing Hong.

Iklan
Iklan

Dalam pusingan suku akhir hari ini, pemain nombor 36 dunia, Tze Yong mudah menewaskan Chia Jeng Hon dari Pahang 21-13, 21-12, namun beliau menjangkakan saingan sengit dalam perlawanan menentang rakannya dalam pasukan kebangsaan esok.

"Saya dan Aidil saling mengenali dan kami pernah berlatih bersama. Ia bukan perlawanan yang mudah, tapi saya akan cuba yang terbaik untuk menang,” katanya kepada pemberita selepas perlawanan.

Iklan

Aidil Sholeh mara ke separuh akhir selepas mengetepikan Ong Ken Yong dari Melaka 21-19, 21-15.

Pemain nombor 86 dunia, Jun Hao memasuki separuh akhir selepas mengalahkan pemain Melaka Tai Chuan Zhe 21-12, 21-14, manakala Jacky Kok menewaskan Muhammad Shaqeem Eiman Shahyar dari Selangor 21-17, 21-17.

Iklan

Dalam separuh akhir esok, Amanda yang mewakili Wilayah Persekutuan akan menentang seorang lagi pemain kebangsaan dan pilihan ketiga Siti Nurshuhaini Azman dari Selangor yang mengalahkan Siti Zulaikha Muhammad Azmi Tan dari Melaka 21-14, 16-21, 21-13.

Bekas pemain kebangsaan K Letshanaa dari Selangor turut melangkah ke separuh akhir selepas menewaskan pilihan kedua Myisha Mohd Khairul dari Johor 23-21, 21-13.

Pemain berusia 19 tahun itu akan bertemu Tan Zhing Yi dari Pulau Pinang yang mengalahkan Ong Xin Yee dari Wilayah Persekutuan 21-14, 21-15.

Ini adalah kejohanan pertama Letshanaa selepas hampir setahun selepas meninggalkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) awal tahun ini ekoran kecederaan belakang.- Bernama