Polis siasat dakwaan hampir berlaku penculikan

Iklan
Gambar hiasan

GUA MUSANG - Polis masih menyiasat dakwaan hampir berlaku insiden penculikan melibatkan dua murid di sebuah sekolah di sini, pada Isnin dan Selasa lepas.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo berkata, siasatan dilakukan susulan penularan pesanan suara menerusi aplikasi WhatsApp mengenai perkara itu.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, susulan itu, pihak sekolah telah bertemu dan bertanya kepada murid terbabit.

"Kejadian pertama pada Isnin kira-kira 5 petang membabitkan murid Tahun 4 yang mendakwa dua lelaki tidak dikenali menaiki sebuah kereta Perodua Kancil warna putih di sebelah jalan menghala ke Gua Musang telah memanggilnya namun tidak dihiraukan.

Iklan

"Kejadian kedua pada Selasa kira-kira 5 petang melibatkan murid Tahun 1 yang mendakwa dipanggil dua lelaki tidak dikenali menaiki kereta Perodua Myvi warna kelabu namun murid terbabit juga tidak menghiraukan panggilan tersebut,” menurutnya dalam kenyataan, pada Khamis.

Choon Foo berkata, susulan kejadian itu, pihak sekolah meminta polis melakukan rondaan dan pemantauan semasa murid sesi pagi pulang pada 12.45 tengah hari dan ketika murid pulang selepas Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) pada 4.45 petang.

Iklan

"Diharap ibu bapa dan penjaga mengambil anak masing-masing tepat pada waktunya dan juga nasihatkan mereka jangan bermain di luar kawasan sekolah serta jaga keselamatan diri,” katanya sambil mengingatkan semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kejadian itu. - Bernama