PEMAIN sayap Belgium, Eden Hazard, mengakui dia masih memerlukan masa permainan yang banyak sebelum mampu menampilkan aksi yang terbaik pada Piala Dunia Qatar November ini.
Hazard percaya, sekiranya gagal mendapat minit permainan yang cukup bersama Real Madrid, dia berasakan peluang untuk mendapat tempat dalam pasukan Belgium dilihat agak sukar.
"Apabila saya bermain, saya memberikan segalanya. Ia adalah situasi yang sukar di Real Madrid. Saya mahu ingin bermain lebih banyak, namun sukar untuk melakukannya.
"Saya selalu berkata Eden Hazard lama akan kembali apabila dia bermain. Jadi saya hanya perlu kembali untuk dapatkan rentak.
”Sekarang saya mahu mendapatkan prestasi terbaik untuk Piala Dunia. Kita akan lihat apa yang diputuskan oleh jurulatih (Roberto Martinez) sama ada dia mahu menyenaraikan saya atau sebaliknya,” kata Hazard.
Sebelum ini Hazarad berjaya menampilkan aksi yang terbaik ketika membantu Belgium menewaskan Wales 2-1 dalam saingan Liga Negara-Negara UEFA.
Gol-gol Belgium dijaringkan Kevin De Bruyne seawal minit ke-10 dan Michy Batshuayi pada minit ke-37 manakal fol tunggal Wales dihasilkan oleh Kieffer Moore
Kemenangan itu terus menghidupkan peluang tipis Red Devils mara ke separuh akhir selepas hanya ketinggalan tiga mata di belakang pendahulu Liga A Kumpulan 4, Belanda.