'Apa sahaja ditetapkan parti, itulah saya ikut' - Mohd Radzi

Iklan
Mohd Radzi ketika sidang media pada Majlis Wadah Aspirasi Menteri Kanan Pendidikan di Auditorium Kompleks E pada Jumaat. - Foto Bernama

PUTRAJAYA - Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin menyerahkan kepada pucuk pimpinan parti untuk memutuskan kawasan yang akan ditandinginya dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Jelasnya, sebagai ahli parti, beliau akur dengan sebarang keputusan yang ditetapkan.

Iklan
Iklan

"Seperti mana saya sebutkan sebelum ini, tempat mana yang akan dipertandingkan, terpulang kepada parti.

"Apa sahaja ditetapkan parti, itulah saya ikut," katanya menerusi sidang akhbar selepas program Wadah Aspirasi Menteri Kanan Pendidikan di sini pada Jumaat.

Iklan

Ditanya mengenai kecenderungan sebagai calon Parlimen Putrajaya susulan penglibatan beliau dalam pelbagai program komuniti, Mohd Radzi berkata:

"Rumah saya di sini. Jadi saya dengan masyarakat Putrajaya ini adalah jiran tetangga saya," katanya ringkas.

Iklan

Sebelum ini, kekerapan program sama ada program rasmi kementerian ataupun komuniti yang dihadiri oleh Mohd Radzi di Putrajaya menimbulkan persoalan sama ada beliau sedang 'merisik' pusat pentadbiran kerajaan Persekutuan itu sebagai lokasi pilihannya.

Bagaimanapun, Mohd Radzi memberi alasan pemilihan Putrajaya sebagai lokasi program adalah memudahkan pergerakan.

Kerusi P125 Putrajaya disandang oleh Bendahari UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor selepas menang majoriti 3,372 undi dalam pertandingan tiga penjuru menewaskan calon Pakatan Harapan, Samsul Adabi Mamat dan Zainal Abidin Kidam dari Gagasan Sejahtera pada PRU14 yang lalu.