Remaja maut motosikal bertembung

Iklan
Remaja 14 tahun maut selepas motosikal ditunggangnya bertembung dengan sebuah lagi motosikal di Jalan Simpang Lima-Parit Sulong, Batu Pahat, pada Jumaat.

BATU PAHAT - Seorang remaja maut selepas motosikal ditunggangnya bertembung dengan sebuah lagi motosikal di Jalan Simpang Lima-Parit Sulong di sini pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, anggota Balai Polis Parit Sulong menerima panggilan orang awam berhubung kejadian itu pada jam 1.35 pagi.

Iklan
Iklan

"Mangsa berusia 14 tahun dipercayai sedang menunggang motosikal dari arah Parit Sulong ke Simpang Lima.

"Tiba-tiba datang sebuah motosikal dari arah hadapan yang telah masuk ke lorong bertentangan lalu bertembung sesama sendiri," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Iklan

Menurut beliau, akibat kemalangan tersebut, mangsa disahkan maut di tempat kejadian.

"Sementara penunggang motosikal yang datang dari arah bertentangan berusia 17 tahun mengalami cedera ringan. Kes disiasat di bawah Seksyen 41(a) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Iklan