Faktor bersara awal antara punca kekurangan guru bahasa

Iklan
Hang Soon (empat, kiri) melihat pameran yang disediakan di Galeri Tsung Wah di SMJK Tsung Wah di Kuala Kangsar.

KUALA KANGSAR - Tindakan guru yang memilih untuk bersara awal antara faktor yang dikenal pasti kurangnya guru bahasa di sekolah seluruh negara meskipun pengambilan secara 'one-off' atau sekali pengambilan telah dilaksanakan.

Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Dr Mah Hang Soon berkata, pelbagai usaha berterusan akan dilaksanakan Kementerian Pendidikan (KPM) untuk menangani masalah tersebut.

Iklan
Iklan

"Untuk pengambilan 'one-off' tahun lepas, sejumlah 18,702 guru diambil dan didapati lebih 100 guru Bahasa Cina telah ditempatkan di seluruh negara.

Hang Soon diminta mengulas mengenai isu kekurangan guru bahasa meliputi Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil di seluruh negara meskipun Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 secara 'one-off' telah dilantik dalam pengambilan khas bagi mengisi kekosongan guru di sekolah KPM di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP).

Iklan
Iklan

Media baru-baru ini melaporkan, KPM akan meningkatkan pengambilan guru secara 'one-off' untuk penempatan tahun depan melalui kaedah kluster mata pelajaran yang diperkenalkan.