PUTRAJAYA - Seorang bekas penghantar makanan dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun.
Hakim Datin M. Kunasundary membebaskan Mohamad Shahril Abu Hanifa di akhir kes pendakwaan tanpa mengarahkan membela diri selepas memutuskan pihak pendakwaan gagal untuk membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh.