Banjir termenung punca 44 mangsa tak dapat pulang rumah

Iklan
Keadaan rumah penduduk yang masih digenangi banjir termenung.

BATU PAHAT - Seramai 44 mangsa daripada 11 keluarga di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Gading di sini masih tidak dibenarkan pulang kerana air masih belum surut sepenuhnya.

Pegawai Daerah Batu Pahat, Nasri Md Ali berkata, banjir termenung menjadi punca mereka masih tidak dibenarkan pulang ke rumah masing-masing walaupun sudah lebih seminggu berada di PPS.

Iklan
Iklan

"Selepas PPS dibuka untuk menempatkan mangsa banjir di Sri Gading pada 14 September lalu, hanya penduduk dari Kampung Baru Seri Gading masih ditempatkan di situ.

"Hasil tinjauan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) mendapati masih ada air bertakung di halaman dan dalam rumah," katanya ketika dihubungi pada Jumaat.

Iklan

Pada 14 September lalu, 326 mangsa banjir daripada 65 keluarga dipindahkan selepas Kampung Seri Tanjung, Taman Sri Panchor, Kampung Sengkuang, Kampung Baru Seri Gading dan pekan Sri Gading dinaiki air akibat hujan lebat dan fenomena air pasang besar berlaku.

Banjir termenung menjadi punca mereka masih tidak dibenarkan pulang ke rumah masing-masing

Susulan itu PPS berkenaan telah dibuka untuk menempatkan semua mangsa yang terlibat dari lima penempatan berkenaan.

Iklan

Nasri berkata, faktor berkenaan menyebabkan 44 mangsa banjir itu dapat balik ke rumah masing-masing atas faktor keselamatan terutama binatang berbisa.

"Bagaimanapun, jika air sudah surut dalam masa terdekat, semua penduduk di kampung ini akan diberikan kebenaran untuk pulang," katanya.

Penduduk juga kata beliau, sudah bersedia untuk pulang namun keadaan masih belum mengizinkan dan laporan secara rasmi akan dikeluarkan apabila PPS ini ditutup nanti.