PETALING JAYA - Seorang lelaki maut akibat tercampak dalam lubang selepas motosikal ditungganginya hilang kawalan sebelum terbabas di Jalan Lapangan Terbang Subang, di sini pada Jumaat.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda Ex5 dipercayai hilang kawalan sejurus tiba di selekoh susur ke Saujana Resort, di sini sekitar jam 3.10 petang.