Banjir di Johor pulih sepenuhnya

Iklan
Banjir termenung sebelum ini menjadi punca penduduk masih tidak dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

JOHOR BAHRU - Banjir di negeri ini pulih sepenuhnya apabila dua pusat pemindahan sementara (PPS) di Pontian dan Batu Pahat ditutup sepenuhnya pada petang Jumaat.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) dalam kenyataan memaklumkan, Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Sawah, Pontian yang menempatkan 13 mangsa daripada dua keluarga ditutup pada jam 10 pagi Jumaat.

Iklan
Iklan

"Sementara Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Gading di Batu Pahat pula yang menempatkan 44 mangsa melibatkan 11 keluarga ditutup pada jam 6 petang tadi.

"Keadaan cuaca yang baik dan cerah membolehkan air banjir beransur surut terutama di kawasan Taman Sri Panchor, Kampung Sengkuang, Kampung Baru Sri Gading, pekan Seri Gading dan Kampung Seri Tanjung di Batu Pahat," menurut kenyataan tersebut pada Jumaat.

Iklan
Iklan