'Tidak sesuai buat PRU15 sekarang'

Iklan
Pilihan raya pada waktu ini belum sesuai dilakukan berdasarkan konteks suasana negara dan rakyat. Gambar kecil: Mohd Roslan

SHAH ALAM - Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sesuai dilaksanakan pada bulan Mac 2023, selepas sambutan Aidilfitri atau ketika musim cuti sekolah bagi memastikan keselesaan rakyat untuk turun mengundi.

Presiden Pertubuhan Intelektual Negara (Pintar), Profesor Dr Mohd Roslan Mohd Nor berpandangan, pilihan raya pada waktu ini belum sesuai dilakukan berdasarkan konteks suasana negara dan rakyat.

Iklan
Iklan

"Krisis perubahan iklim yang sedang melanda dunia termasuk Malaysia ketika ini juga memerlukan perhatian iaitu melibatkan ketidaktentuan cuaca monsun yang mengakibatkan banjir kilat serta kenaikan paras air laut yang akan menjadi punca beberapa kawasan bakal ditenggelami air,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Jumaat.

Dalam pada itu Mohd Roslan berkata, langkah-langkah pemulihan ekonomi juga perlu diperkukuh sebelum pilihan raya berlangsung susulan nilai Ringgit pada masa ini masih berada pada tahap rendah.

Iklan

Ujarnya, situasi berkenaan perlu diberi perhatian bagi mengurangkan tekanan inflasi yang semakin mencengkam ekonomi negara.

"Rakyat perlu merasai manfaat belanjawan 2023 dan yakin mereka sedang menantikan manfaat serta keistimewaan yang akan kerajaan berikan terutamanya bagi golongan B40 dan M40 kelas pertengahan.

Iklan

"Pintar juga menggesa agar penyelarasan pilihan raya dilaksanakan di peringkat negeri dan Persekutuan supaya perbelanjaan dalam pilihan raya dapat dioptimumkan.

"Sebarang kos berganda pengurusan pilihan raya boleh digunakan untuk membantu golongan terkesan dan yang mahu pulih daripada aspek ekonomi disebabkan pandemik yang berlaku baru-baru ini,” katanya.

Sementara itu Mohd Roslan turut menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyelaraskan kerjasama parti politik utama melalui pertemuan peringkat tertinggi bagi memastikan agenda penyatuan dan perpaduan ummah dapat dipertingkatkan demi kelestarian Keluarga Malaysia.

”Agenda penyatuan ummah perlu diperjelas dan disegerakan supaya parti-parti komponen yang terlibat dapat memberi keutamaan kepada perkara ini.

"Penyatuan atau muafakat perlu dimuktamadkan segera sebelum PRU15 bagi mengelakkan jentera pilihan raya kucar kacir dan tidak efisien, mudah dieksploit oleh sesiapa," ujarnya.