Kerajaan perlu ada maruah, jangan banyak buat 'u-turn': Najib

Iklan
Najib meluangkan masa bersama peneroka yang hadir di Felda Chini di Restoran D Sawit Felda Chini 4 di sini hari ini.

PEKAN- Kerajaan PH dilihat banyak melakukan 'u-turn' ketika melakukan perjanjian rasmi yang melibatkan negara-negara luar, kata Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Beliau berkata, ini dibuktikan dengan tindakan kerajaan sebelum ini ingin meratifikasi konvensyen Antarabangsa Mengenai Pembasmian Diskriminasi Kaum (ICERD) namun telah dibatalkan akibat desakan daripada kaum Melayu di negara ini.

Menurutnya, baru-baru ini Kerajaan PH juga ingin meratifikasi Statut Rom yang diiktiraf di Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) namun sekali lagi bertindak menarik diri, Jumaat lalu.

Iklan
Iklan

"Kalau hendak mengendalikan sesebuah kerajaan perlu ada maruah dan saya lihat PH kini kerap ubah fakta yang dulu cakap lain bila ada desakan cakap lain.

"Sebagai sebuah kerajaan kita mesti melakukan penelitian terlebih dahulu baru membuat keputusan untuk melakukan sesuatu tindakan," katanya ketika berucap kepada peneroka Felda Chini di Restoran D Sawit Felda Chini 4 di sini hari ini.

Iklan

Dalam pada itu, Najib yang juga bekas Perdana Menteri keenam itu berkata, beliau kecewa dengan layanan kerajaan terhadap peneroka Felda yang kini sengsara dari segi kewangan.

"Banyak yang telah kita lakukan buat Felda demi meningkatkan taraf hidup serta martabat dan menjamin masa depan anak-anak Felda dari generasi pertama sehingga ketiga.

Iklan

"Malangnya hari ini semua yang telah kita lakukan sehari demi sehari semakin hilang dari tangan kita serta semakin terhakis dan tinggal sebagai ingatan sahaja.

"Kalau dari segi pendapatan peneroka kita lihat sekarang bila dah tolak (hutang) semua hanya tinggal puluhan ringgit sahaja sebulan malah sampai ada peneroka yang sememangnya tiada duit," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, dirinya yakin kini rakyat mula muak dengan janji kerajaan dan jelas bahawa mereka mula menolak kerajaan PH dan mula menerima BN kembali.

"Dengan penyatuan antara UMNO dan Pas sebagai penyatuan demi kepentingan ummah maka saya yakin hampir 90 peratus peneroka Felda kini bersama BN.

"Kalau BN memerintah saya bagi jaminan kalau harga sawit jatuh kita akan potong apa yang patut sahaja yang akan pendapatan peneroka sekurang kurangnya RM1,500 sebulan.

"Segala kemudahan seperti pinjaman perumahan sebanyak RM40,000 serta program latihan buat generasi baharu tetap akan kita teruskan seperti dahulu," katanya