Federer tetap gembira walau tewas di aksi ‘terakhir’

Iklan
Aksi Federer (depan) ketika Piala Laver 2022 pada Sabtu. - Foto EPA

BIARPUN gagal mencatatkan kemenangan pada aksi terakhirnya sebelum bersara, namun bekas pemain nombor satu dunia, Roger Federer gembira kerana masih mampu beraksi dengan baik ketika bergandingan dengan ‘seteru’ ketatnya, Rafael Nadal dalam saingan Piala Laver pada Sabtu.

Menurut Federer, beliau akan mengingati perlawanan berkenaan buat selama-lamanya sebagai antara kenangan terindahnya selama berkecimpung dalam sukan tenis profesional.

Iklan
Iklan

"Saya akan mengingati perlawanan ini. Walaupun tewas, saya tetap gembira dengan setiap detik perlawanan ini.

"Saya telah menamatkan satu perjalanan yang sungguh luar biasa dalam sukan ini (tenis) dan anda merupakan sebahagian daripada perkara itu,” katanya.

Iklan

Aksi kali terakhir itu menyaksikan gandingan Federer-Nadal yang mewakili pasukan Eropah, tewas 6-4, (2) 6-7, 9-11 kepada gandingan Amerika Syarikat (AS) yang mewakili pasukan dari seluruh dunia, Jack Sock-Frances Tiafoe.

Setelah memenangi set pertama, Federer-Nadal tewas di set kedua sebelum bertarung sengit pada set ketiga, namun terpaksa akur pada tiebreak yang mendebarkan di set ketiga.

Iklan

Sementara itu, Nadal menyifatkan persaraan Federer sebagai perkara yang agak menyedihkan baginya setelah beraksi sekian lama bersama di gelanggang.

Malah, Nadal turut mengakui dirinya agak beremosi apabila mengenangkan mengenai persaraan Federer.

"Bila Federer mengumumkan persaraannya, sebahagian daripada perkara penting dalam hidup saya turut ‘bersara’ bersama.

"Saya akan terus mengenangkan detik-detik indah bila kami beraksi dan perseteruan kami turut mencetuskan fenomena tersendiri dalam sukan tenis selama ini,” katanya.