MAFI sedia jadikan Kelantan hub pengeluar kelapa negara

Iklan
Nik Muhammad Zawawi (dua dari kanan) menunjukkan kelapa yang ditanam oleh pengusaha semasa mengadakan lawatan ke projek tanaman kelapa di Gong Tengah, Pasir Puteh pada Sabtu.

PASIR PUTEH - Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) bersedia menjadikan Kelantan sebagai salah satu hub pengeluar kelapa di Malaysia.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, bagi merealisasikan hasrat itu pihaknya sedia bekerjasama dengan kerajaan negeri bagi melahirkan lebih ramai pengusaha kelapa dengan menyediakan pelbagai jenis bantuan.

Iklan
Iklan

"Melalui Jabatan Pertanian, pengusaha boleh menggunakan tanah terbiar untuk tanaman pokok kelapa dengan bantuan maksimum RM20,000 bagi satu hektar.

"Kita juga ada program pemulihan di mana pokok tua boleh diganti dengan yang baharu dan ini merupakan peluang yang perlu digunakan oleh pengusaha," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke projek tanaman kelapa di Gong Tengah pada Sabtu.

Iklan

Ahli Parlimen Pasir Puteh itu berkata, seluas 52,295.40 hektar tanaman kelapa diusahakan di Malaysia pada tahun lalu dengan pengeluaran 472,426.70 metrik tan.

Beliau berkata, Kelantan berada di tempat ke tiga selepas Perak dan Johor dengan menghasilkan 76,673.80 metrik tan membabitkan keluasan tanaman 10,340.30 hektar.

Iklan

"Jadi kita harap lebih ramai pengusaha di negeri ini akan mengusahakan tanaman kelapa bagi membantu memenuhi keperluan bahan mentah ini

"Setiap bulan berpuluh ribu tan kita import kelapa dari luar negara seperti India, Indonesia dan Sri Lanka," jelas beliau.