Yakin tiada pengeluaran panik: Mukhriz

Iklan
Mukhriz (tiga, dari kanan) bergambar bersama urusetia bengkel penambahbaikan prosedur pemajuan dan bayaran-bayaran pemajuan negeri Kedah, yang berlangsung selama tiga hari.

ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir yakin pendeposit Tabung Haji (TH) tidak akan melakukan pengeluaran panik daripada akaun masing-masing, susulan pengumuman kadar hibah 1.25 peratus.

Menurut beliau, ini kerana perkhidmatan Lembaga Tabung Haji dalam pengurusan jemaah bagi ibadah haji dan umrah diiktiraf sebagai yang terbaik di dunia, malah menjadi rujukan kepada negara-negara Islam lain.

Iklan
Iklan

Mukhriz percaya, pendeposit akan terus yakin pada pengurusan TH susulan penjelasan yang dibuat oleh pihak TH dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof.

"Banyak negara Islam lain ingin mencontohi kejayaan TH, malangnya apabila diserahkan kepada pengurusan yang tidak telus menyebabkan berlaku situasi ini (hibah terendah),” katanya, pada sidang akhbar selepas merasmikan bengkel penambahbaikan prosedur pemajuan dan bayaran-bayaran pemajuan negeri Kedah, hari ini.

Iklan

Mukhriz turut kesal kerana pendeposit TH terpaksa menanggung kesan daripada pelaburan TH sebelum ini yang didakwa hanya memperkayakan individu tertentu, bukan bertujuan mencari keuntungan.

"Beli mahal jual murah, ini pendekatan tidak masuk akal dalam urusan perniagaan, apatah lagi TH yang menerima caruman individu yang mahu mengerjakan ibadah haji. Ini dosa besar apabila pengurusan ketika itu melakukan pelaburan tidak munasabah,” katanya.

Iklan

Menurutnya, hibah yang rendah itu didakwa tidak memenuhi syarat mahupun perlembagaan TH.

"Hibah rendah, sebenarnya tidak penuhi syarat. Tak tahu macam mana nak buat dengan hibah yang diagihkan, yang sebenarnya tak penuhi perlembagaan TH,” katanya.

Mukhriz juga yakin isu terbabit tidak akan menjejaskan peluang PH di PRK Rantau susulan kerajaan akan dedahkan kemungkaran dilakukan kerajaan terdahulu yang mengakibatkan hibah rendah.