Nur Nadhirah, Ain Nurnajwa raih emas buat Perlis

Iklan
Ain Nurnajwa (kiri) dan Nur Nadhirah (kanan) meraikan kejayaan selepas beraksi dalam acara boling padang kategori Pairs Akhir menentang pasukan Kedah pada Sukma di Kompleks Sukan Bukit Kiara, pada Sabtu. - Foto Bernama

GANDINGAN mantap Nur Nadhirah Azmi dan Ain Nurnajwa Norhisham dari Perlis nyata menjadi apabila berjaya membawa pulang pingat emas menerusi acara boling padang kategori pairs wanita di Sukan Malaysia (Sukma) ke-20 di Kompleks Sukan Bukit Kiara, di sini, pada Jumaat.

Pasangan berkenaan yang membuat penampilan kali kedua di temasya dwitahunan berkenaan menundukkan gandingan Kedah, Nurul Alia Fitrah Mohamad Ali dan Athirah Mohd Rodzi, 24-5, sekali gus menyaksikan negeri jelapang padi itu merangkul pingat perak.

Iklan
Iklan

Pasangan Sarawak, Fatin Izzati Mohamad Nizamri dan Jamiah Hasbi terpaksa berpuas hati dengan pingat gangsa selepas menewaskan pasangan Sabah, Dayangku Haslyn Suraya Awang Husin dan Norcahaya Zakaria, 13-11.

Bercakap kepada pemberita selepas merangkul kejuaraan, Ain Nurnajwa yang kelihatan sebak dengan kemenangan berkenaan, berkata, tidak menyangka mampu menghadiahkan pingat emas pada penampilan kali terakhir dalam kejohanan itu.

Iklan

"Saya sangat berpuas hati sebab Sukma Perak 2018 kami dapat pingat perak. Sebelum datang ke sini juga saya cedera (tisu lembut di lutut kiri) tapi akhirnya dapat juga pingat emas jadi saya sangat berpuas hati.

Dalam pada itu, atlet boling padang Terengganu, Muhammad Idham Amin Ramlan menyatakan kesyukuran apabila mampu menghadiahkan pingat emas buat kontinjen itu.

Iklan

Beliau merekodkan kemenangan 21-13 ketika menentang atlet Johor, Amirul Danial Abdul Rahim sekali gus menyaksikan wakil Selangor, Mohammad Haikal Roslan, meraih pingat gangsa. - Bernama