KUALA LUMPUR - Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) sedang menjalankan libat urus dengan Kementerian Kewangan (MOF) untuk mewujudkan sebuah skim khas bagi mahasiswa yang menceburi bidang keusahawanan.
Menterinya, Tan Sri Noh Omar berkata, ini berikutan mahasiswa tempatan yang memiliki ilmu dan kepakaran berkaitan dalam bidang itu, tetapi menghadapi masalah mendapatkan modal untuk memulakan perniagaan.