ATM siap siaga berdepan banjir

Iklan
MetMalaysia meramalkan negara mengalami hujan lebat berterusan mulai pertengahan November. - Foto hiasan

TANAH MERAH - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kini dalam keadaan siap sedia untuk menghadapi musim tengkujuh, khususnya di negeri-negeri yang berisiko berdepan banjir.

Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz berkata persediaan itu, melibatkan mengatur gerak anggota dan aset milik ATM.

Iklan
Iklan

Sebelum ini, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan negara mengalami hujan lebat berterusan mulai pertengahan November, yang mendorong kepada banjir besar pada penghujung bulan itu.

MetMalaysia menjangkakan impak cuaca yang dialami lebih signifikan memandangkan monsun timur laut yang aktif pada tempoh itu sekali gus risiko berlaku hujan lebat berterusan dan banjir berskala besar adalah tinggi. - Bernama

Iklan
Iklan