JUARA Siri Antarabangsa Remaja India 2022, Justin Hoh akan mengetuai Malaysia dalam Kejohanan Remaja Dunia 2022 di Santander dari 17 hingga 30 Oktober ini.
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) memaklumkan, Justin antara 17 pemain yang dipanggil untuk menggalas tugas negara di Sepanyol itu.
Iklan
Iklan
"Semua pemain dipilih berdasarkan penilaian menyeluruh semasa ujian pemilihan yang diadakan di Akademi Badminton Malaysia di Bukit Kiara dari 12 hingga 15 September.
"Justin Hoh yang berusia 18 tahun akan mengetuai cabaran negara dengan Eogene Ewe Eon bersama pemain Johor, Ariffin Nazri, Bryan Jeremy Goonting, Choi Jian Sheng, Fazriq Razif, Wong Vin Sean, Aaron Tai dan Low Han Chen,” menurut kenyataan itu.
Senarai pemain wanita pula menurut BAM, terdiri daripada Siti Nurshuhaini Azman, Ong Xin Yee, Siti Zulaikha Azmi, Vannee Gobi, Chong Jie Yu, Lai Ting Cen, Carmen Ting dan Lee Xin Jie. - Bernama