ALOR GAJAH - Seorang pemandu bas dan 13 pekerja kilang mengalami kecederaan parah apabila kenderaan dinaiki mereka menggelosor lalu terjatuh ke tebing di Jalan Simpang Gading/ Kesang Pajak, di sini pada malam Sabtu.
Dalam kejadian lebih kurang jam 7.50 malam itu, bas dipandu lelaki berusia 40-an tersebut membawa 37 pekerja kilang lelaki warga Myanmar dan Nepal dalam perjalanan pulang sebelum berlaku masalah brek kira-kira jarak 100 meter dari asrama penginapan mereka.
Pengarah Jabatan Balai Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Melaka, Abu Bakar Katain berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 7.57 malam sebelum tiga jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jasin Bestari, BBP Ayer Keroh dan BBP Alor Gajah dikejarkan ke lokasi kejadian.
Menurutnya, kesemua mereka yang cedera parah telah dihantar ke Hospital Jasin menggunakan ambulans serta Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS), manakala pekerja lain yang mengalami kecederaan ringan telah dihantar orang awam ke klinik berhampiran.
[VIDEO] 14 termasuk pemandu parah, bas kilang jatuh tebing
Iklan