RM180 ribu saman berjaya dikutip

Iklan
Antara peserta yang menyertai Fun Run dan Fun Ride.

MARAN - Sejumlah RM180,750 berjaya dikutip daripada 1,656 saman yang selesai dibayar pengguna dalam program Kaunter Semakan dan Bayaran Pengurangan Saman Trafik sebanyak 50 peratus, semalam.

Ketua Polis Maran, Deputi Superintendan, Norzamri Abd Rahman berkata, kaunter itu dibuka sempena program Triple Edge Fun Run and Ride 2019 yang diadakan di Dataran Integrasi Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pahang Kampus Jengka, Bandar Jengka.

Iklan
Iklan

Menurutnya, sambutan orang ramai sangat menggalakkan di atas penganjuran kali pertama diadakan sempena Peringatan Hari Polis ke 212, tahun ini.

"Dalam pada itu, seramai 900 orang menyertai ini yang merupakan program anjuran bersama Jengka Dance for Fitness Studio, Ibu Pejabat Polis Daerah Maran dan UiTM Pahang Kampus Jengka itu.

Iklan

"Daripada jumlah itu seramai 700 orang menyertai Fun Run manakala 200 lagi peserta Fun Ride.

"Polis terlibat dalam kawalan keselamatan dan lalu lintas di sepanjang laluan Fun Run sejauh 5.5 kilometer (KM) yang bermula dari UiTM Pahang Kampus Jengka melalui Jalan Simpang Mahaad, Hospital Jengka, Stadium Tun Abdul Razak, Simpang Mahaad, Simpang Telekom dan berakhir di UiTM Pahang Kampus Jengka dan Fun Ride sejauh 30km.

Iklan

"Pelepasan peserta Fun Ride dan Fun Run disempurnakan oleh Exco Sumber Manusia, Belia Dan Sukan Negeri Pahang, Datuk Seri Mohd Johari Hussain, bersama saya sendiri dan Pemangku Rektor UiTM Pahang Kampus Jengka Profesor Dr. Azhan Hashim @ Ismail, serta pengurus JD4F, Yusliza Yaacob,” katanya.

Dalam program tersebut Acara Aerobathon (Senamrobik dan Zumba) telah diadakan selama dua jam seawal 7 pagi disusuli ucapan dan perasmian dan penyampaian hadiah dan cenderaharti kepada semua peserta.

Norzamri berkata, penganjuran program ini mendapat tajaan dan kerjasama daripada Kerajaan Pahang, Kementerian Belia dan Sukan, 100 Plus, Nestle MILO, Majlis Belia Maran, Ahli Parlimen Kuala Krau dan ADUN Kerdau.

*Sempena Peringatan Hari Polis Ke 212 Tahun 2019, pihak PDRM Maran turut membuka Kaunter Pameran Pencegahan Jenayah, Pameran Penyalahgunaan Dadah, Pameran Jenayah, Pengedaran Pamplet Pencegahan oleh Amanita dan Taklimat VSP.

"Ianya bagi mendekatkan pihak polis dengan masyarakat setempat berdasarkan slogan 'Polis Dan Masyarakat Berpisah Tiada,” katanya.