Mahasiswa di sebalik jeriji besi

Iklan
Murad ingin membuktikan banduan sepertinya juga mampu berjaya dengan syarat perlu ada usaha untuk berubah.

SHAH ALAM - Bergelar banduan tidak menghalang Murad (bukan nama sebenar) merealisasikan impiannya untuk menggenggam segulung ijazah.

Memulakan episod baharu hidupnya di Penjara Kajang, Selangor seawal usia 14 tahun, dia bertekad hanya dengan ilmu dan pelajaran sahaja yang mampu membuktikan kepada masyarakat bahawa banduan juga mampu berjaya.

Iklan
Iklan

Bagi Murad, meskipun dia pada asalnya boleh dikatakan buta huruf kerana belajar sehingga Tahun Enam sahaja, namun kawat duri dan jeriji besi sama sekali tidak menjadi batu penghalang buat dirinya menimba ilmu.

Pemuda berasal dari Sabah itu akui mula rasa terpanggil untuk belajar setelah melihat beberapa rakan banduan lain mengulang kaji pelajaran.

Iklan

"Apabila duduk dengan mereka dan tengok mereka belajar, saya ada keinginan untuk belajar. Saya suarakan niat tersebut kepada staf di sini (penjara).

"Dia kata tidak ada masalah untuk bagi saya belajar, cuma dia tanya siapa nak sediakan buku dan bayar yuran semua.

Iklan

"Kebetulan pada tahun 2002 ketika itu saya sudah memeluk Islam, jadi saya ada duit mualaf sikit dan guna untuk belajar.

Murad terpanggil untuk belajar setelah melihat beberapa rakan banduan lain mengulang kaji pelajaran.

Hasil tidak akan mengkhianati usaha, Murad kini membuktikan dia mampu melanjutkan pengajian sehingga ke peringkat Ijazah Doktor Falsafah (PhD) yang akan membawa gelaran doktor di pangkal namanya kelak.

Menceritakan semula tragedi hitam yang berlaku 21 tahun lalu, dia dimasukkan ke penjara atas kesalahan membunuh.

Murad terpedaya dengan ajakan seorang ejen yang menawarkannya pekerjaan sebagai pembuat kek di Semenanjung Malaysia.

"Saya sampai di Kuala Lumpur bersama dengan lapan kawan yang lain, tapi tiba-tiba kerja yang dijanjikan ejen itu tidak betul.

"Selama lima bulan bekerja, saya memang tidak dibayar gaji dan yang paling menyedihkan, semua dokumen saya dipegang oleh majikan,” luahnya.

Murad kemudiannya nekad untuk melarikan diri apabila peluang terhidang di depan mata, namun percaturannya tidak mengena.

"Masa saya nak buka pintu gril, bos saya nampak. Dia tanya saya nak pergi mana. Saya diam dan dia ketuk-ketuk (saya), kemudian saya berundur. Masa dia pukul kali kedua, saya terus tikam dia. Lepas itu, saya sudah tak ingat berapa kali tikaman,” cerita banduan Tahanan Limpahan Sultan (TLS) itu.