Penghantar p-hailing pun boleh 'maut'

Iklan
Kemalangan di sebuah persimpangan jalan Klang pada Jumaat yang mengorbankan pemandu p-hailing. (Gambar kecil: Zulhelmi)

SHAH ALAM - Bukan semua kemalangan maut membabitkan kecuaian penghantar p-hailing.

Presiden Persatuan Penghantar P-Hailing Malaysia (Penghantar), Zulhelmi Mansor berkata, insiden kemalangan yang berlaku di Klang pada Jumaat, adalah bukti dan isu seumpama itu sebenarnya melibatkan keseluruhan pengguna jalan raya.

Iklan
Iklan

"Betul kita tidak nafikan ada dalam kalangan penghantar yang tidak mematuhi peraturan jalan raya, tetapi bukan semua. Kita lihat kepada isu semalam (sebagai contoh),” katanya kepada Sinar Ahad.

Pada Jumaat, seorang penghantar makanan maut, manakala seorang penunggang motosikal parah dalam nahas melibatkan lima kenderaan di persimpangan lampu isyarat Jalan Meru-Jalan Haji Sirat, Klang.

Iklan

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Vijaya Rao Samachulu berkata, polis menerima laporan kemalangan itu pada jam 2.30 petang, melibatkan dua buah kenderaan utiliti sukan (SUV) Nissan X-Trail, dua motosikal dan sebuah Proton Wira.

Akibat pelanggaran itu, kedua-dua Nissan X-Trail terbabas lalu merempuh dua motosikal dan Proton Wira.

Iklan

Tambah Zulhelmi, pihaknya juga banyak menganjurkan program keselamatan jalan raya untuk penghantar p-hailing."Akan datang insya-ALLAH, kita buat di Perak. Baru-baru ini, kita buat sehingga tiga program di Kuala Lumpur. Itu antara ikhtiar Penghantar untuk meningkatkan keselamatan penghantar p-hailing,” ujarnya.

Zulhelmi turut menggesa agar kerajaan memperkasakan jaringan perlindungan sosial kepada penghantar p-hailing.