AMPANG - Seorang lelaki dan seorang wanita maut selepas kereta dinaiki dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Wawasan, Bandar Baru Ampang di sini pada Ahad.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 3.04 pagi.
Iklan
Iklan
"Seramai 10 anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Ampang bergegas ke lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Norazam berkata, kereta jenis Perodua Myvi yang dinaiki dua mangsa melanggar belakang sebuah lori kontena yang parkir di bahu jalan.
Menurut beliau, kedua-dua mangsa yang mengalami cedera parah dikeluarkan oleh anggota bomba pada jam 3.50 pagi menggunakan peralatan khas.
"Kedua-dua mangsa berusia 33 dan 42 tahun itu disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.
"Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," katanya.