Maqis gagalkan cubaan bawa keluar sarang burung

Iklan
Maqis Selangor tahan 15 kotak berisi sarang burung yang cuba dieksport ke Vietnam.

SEPANG - Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) menahan 15 kotak berisi sarang burung yang ingin dieksport ke Vietnam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini pada Khamis lalu.

Pengarah Maqis Selangor, Mohd Sobri Md Hashim berkata, hasil pemeriksaan pada jam 1 tengah hari, terhadap seorang individu warga Vietnam mendapati 15 kotak yang dibawanya itu tidak mempunyai dokumen sah seperti permit eksport dan sijil kesihatan.

Iklan
Iklan

"Berikutan itu, sarang burung yang telah diproses seberat 150 kilogram dengan anggaran bernilai RM250,000 ditahan untuk tindakan lanjut," katanya.

"Pihak Maqis sentiasa bersedia dalam melakukan tugasan di semua pintu masuk negara bagi memastikan komoditi haiwan, pertanian, ikan yang masuk atau keluar dari Malaysia mematuhi syarat serta peraturan yang ditetapkan bagi memastikan keselamatan makanan terjamin," katanya.

Iklan
Iklan