Scotland bangkit tewaskan Ireland

Iklan
Christie menjaringkan penalti ketika bantu Scotland menang ke atas Ireland.

PENGENDALI Scotland, Steve Clarke, memuji aksi yang ditampilkan pasukannya selepas berjaya untuk bangkit mengatasi Republik Ireland 2-1 dalam aksi Liga Negara-Negara Eropah pada Sabtu.

Menurut Clarke, meskipun pasukannya hanya mendapat rehat selama 72 jam, namun ia tidak menjadi masalah buat anak buahnya untuk menampilkan aksi tenang dan sabar yang menjadi kunci kepada kejayaan mereka.

Iklan
Iklan

"Ia adalah perlawanan yang sukar seperti kami jangkakan. Kami mengambil sedikit masa untuk menyesuaikan diri dan dalam masa itu kami dibolosi.

"Menjelang penghujung separuh masa pertama, kami lebih mengawal permainan. Saya berkata kepada barisan pemain pada separuh masa hanya untuk terus bersabar dan terus menggerakkan bola ke hadapan.

Iklan

"Akhirnya kami menyamakan kedudukan dan penalti yang diberikan adalah tepat,” katanya.

Pada aksi tersebut, The Scots ketinggalan pada separuh masa pertama hasil jaringan pembukaan tonggak pertahanan Ireland John Egan.

Iklan

Bagaimanapun, tandukan Jack Hendry pada separuh masa kedua dan penalti Ryan Christie cukup untuk memastikan kemenangan buat Scotland.

Kemenangan itu meletakkan Ireland di atas Ukraine bagai pendahulu Kumpulan B1 Liga Negara-Negara menjelang pertemuan antara kedua-dua pasukan di Krakow Selasa ini.