Hidung Ronaldo berdarah ditepis penjaga gol

Iklan
Ronaldo terbaring selepas mengalami pendarahan di hidung. - Foto Agensi

PEMAIN sensasi, Cristiano Ronaldo mengalami kecederaan pada awal permainan dalam saingan Liga Negara-Negara setelah berlaga dengan penjaga gol Republik Czech, Tomas Vaclik pada Ahad.

Penyerang Manchester United itu mengalami pendarahan di hidung ketika aksi berlangsung 12 minit selepas cuba bersaing dalam perebutan bola di udara.

Iklan
Iklan

Ronaldo bertembung dengan Vaclik yang cuba mengeluarkan bola apabila tangan penjaga gol itu terkena muka bintang Portugal tersebut.

Darah dilihat mengalir dari hidung Ronaldo ketika dia terbaring di padang.

Iklan

Penyerang itu kemudian mendapatkan rawatan sebelum kembali ke padang dengan memakai pelekat di hidungnya.

Ronaldo (tengah) dan Vaclik (kiri) bertembung ketika cuba mendapatkan bola dalam saingan Liga Negara-Negara pada Ahad. - Foto Agensi

Bagaimanapun, Ronaldo kemudian memberikan penalti selepas bola terkena tangan, namun pemain pasukan lawan, Patrik Schick gagal menyudahkannya dengan baik apabila bola melepasi palang.

Iklan

Dalam aksi Kumpulan 2 itu Portugal menang besar 4-0 mengatasi Czech dan akan melayan kunjungan Sepanyol di laman sendiri pada Selasa.

Ronaldo gagal meledak di Prague, namun ia aksi yang cemerlang buat pasangan penyerang itu di Old Trafford.

Pertahanan kanan The Red Devils, Diogo Dalot meledak dua gol selain satu jaringan hasil sumbangan Bruno Fernandes.

Pemain Liverpool, Diogo Jota turut mencatat nama selaku penjaing apabila menyumbat gol keempat.