Gagal bayar hutang, Zamsaham saman KAFA

Iklan
KAFA gagal melunaskan hutan sebanyak RM3.93 juta dikongsi menerusi satu hantaran Facebook yang dimuat naik oleh Zamsaham pada Ahad.

KOTA BHARU - Pemilik The Red Warriors, Norizam Tukiman atau Zamsaham bertindak menyaman Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) selepas badan induk itu gagal melunaskan hutang RM3.93 juta.

Pendedahan itu dibuat menerusi satu hantaran Facebook yang dimuat naik pada Ahad.

Iklan
Iklan

"Asalnya hutang KAFA RM3.8 juta namun naik ke RM3.93 juta. Hal ini kerana KAFA minta tambahan pinjaman tetapi setakat hari ni satu sen pun belum pulang ke saya," tulis pemilik Kelantan FC itu.

Sementara itu Setiausaha KAFA, Husin Deraman ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut.

Iklan

Katanya, badan induk tersebut sudah menerima surat saman yang dikemukakan oleh pemilik Kelantan FC.

"Buat masa ini kami sedang berusaha mencari dana bagi melunaskan bayaran tersebut," ujarnya.

Iklan