FKPM dalam siaran di Facebook rasminya memaklumkan kesemua fakulti tersebut berpayung di bawah Kolej Pengkomputeran, Informatik dan Media akan disebut sebagai Pusat Pengajian.
"Sebagai contoh fakulti FKPM akan disebut sebagai Pusat Pengajian Komunikasi dan Media.
"Malahan sebagai nilai tambah penstrukturan ini akan dapat menghasilkan bidang tujahan baharu tanpa mengurangkan sedikit pun apa yang telah dibangunkan oleh fakulti selama 50 tahun ini,” kata FKPM dalam siaran di Facebooknya pada Ahad.
Petisyen tersebut dilancarkan bagi menuntut kewujudan FKPM terus dikekalkan yang telah melahirkan ramai tokoh berjaya termasuk wartawan, teknokrat dan lain-lain.
Petisyen yang telah dimuat naik secara dalam talian pada Ahad itu telah berjaya mengumpul sebanyak 941 tandatangan setakat jam 11.50 malam.
Pada Mac lalu, Naib Canselor UiTM, Profesor Datuk Dr Roziah Mohd Janor memaklumkan UiTM mengambil langkah menubuhkan kolej pengajian dengan menggabungkan beberapa fakulti sebagai langkah memastikan kursus ditawarkan terus relevan.
Ujar beliau, daripada 26 fakulti, kini sebanyak tujuh digabungkan membentuk kolej seperti Fakulti Kejuruteraan Kimia, Awam, Mekanikal dan Elektrik membentuk Kolej Kejuruteraan.