Media perlu bersikap adil, profesional lapor berita

Iklan
Lebih 40 wakil media terlibat dalam pertandingan boling ketika Majlis Mesra Media KeTSA di Bukit Kiara pada Ahad.

KUALA LUMPUR – Media perlu bersikap adil dan profesional kepada semua pihak dalam melaporkan berita di platform masing-masing.

Menteri Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA), Datuk Seri Takiyuddin Hassan mengakui media di Malaysia mempunyai nilai profesionalisme kewartawanan yang tinggi.

Iklan
Iklan

Menurutnya, media memberikan kerjasama yang baik sepanjang pengalamannya dalam bidang politik

"Saya bermula dari seorang majistret, peguam kemudian menjadi ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri), ahli Parlimen pernah menjadi pembangkang dan sekarang dalam kerajaan, saya akui media di Malaysia beretika dan bertanggungjawab," katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Mesra Media KeTSA di Bukit Kiara di sini pada Ahad.

Takiyuddin memulakan pertandingan boling ketika Majlis Mesra Media KeTSA di Bukit Kiara pada Ahad.

Hadir sama, Timbalan Menteri KeTSA, Datuk Ali Biju dan Ketua Setiausaha KeTSA, Datuk Rosli Isa.

Iklan

Takiyuddin berkata, tanpa media membantu mungkin sukar untuk memberi penerangan dan maklumat kepada orang ramai apa yang kerajaan sedang buat dan juga usahakan.

Tambahnya, sokongan media dalam melaporkan pemberitaan yang telus turut membantu menyebar luas informasi berguna demi membentuk minda rakyat.