Atlet wushu IPT sambar tiga emas di Turki

Iklan
Atlet IPT membuktikan keunggulan apabila meraih tiga pingat emas dalam sukan wushu FISU di Samsun, Turkin pada Sabtu. Foto Kementerian Pengajian Tinggi

KONTINJEN Universiti Malaysia melakar kejayaan membanggakan apabila meraih tiga pingat emas dalam sukan wushu kejohanan Persekutuan Sukan Universiti Dunia (FISU) di Samsun, Turkin pada Sabtu.

Kejohanan edisi pertama FISU itu menghimpunkan enam acara sukan kombat iaitu wushu, sambo, gusti, karate, tinju dan muay Thai.

Iklan
Iklan

Selain pingat emas, kontinjen negara turut merangkul tiga pingat perak dan satu gangsa.

Acara wushu yang berakhir lebih awal iaitu pada Sabtu menyaksikan atlet wushu Intitut Pengajian Tinggi (IPT) negara, Tammy Tan Hui Ling menyumbang pingat emas pertama untuk Malaysia.

Iklan

Pelajar Asia Pasific University (APU) itu mencatat 9.28 mata dalam acara Changquan Wanita dan dia baru sahaja tiba dua hari lalu di Samsun setelah memenangi pingat emas di Sukan Malaysia (Sukma) MSN 2022.

"Saya terlepas satu acara Jianshu kerana tiba lewat, tetapi saya gembira dapat satu pingat emas walaupun sangat penat kerana dari Sukma terus ke sini," ujar Hui Ling.

Iklan

Pingat emas kedua negara pula disumbangkan Tan Cheong Wan juga pelajar dari APU menerusi acara Daoshu Lelaki setelah mencatat 9.57 mata.

Pelajar Despark International College, Calvin Lee Wai Leong pula menyumbang emat ketiga negara setelah mengungguli acara Nanquan lelaki dengan catatan 9.50 mata.

"Di Universiade Taipei 2017 saya dapat pingat Perak, tapi sayang Universiade 2021 ditangguhkan lagi ke tahun depan 2023 jadi saya dah tak boleh bertanding," ujar Calvin.

Malaysia memenangi tiga pingat perak menerusi acara Nangun lelaki, Qiangshu dan Taijjian wanita dan pingat gangsa tunggal diperoleh menerusi acara Daoshu lelaki.

Penyertaan kontinjen Malaysia dalam acara wushu dan karate ke kejohanan itu sebagai persiapan menghadapi Universiade 2023 di Chengdu, China tahun depan.