'Adiwira Negara'

Iklan
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyampaikan ucapan pada Debat Umum sempena Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Sesi Ke-77 di Ibu Pejabat PBB pada Jumaat. - Foto Bernama

Penampilan sosokmu sederhana

bukti dikau menginsafi akar hidupmu

Iklan
Iklan

daripada golongan marhain

namun dikau memamerkan

Iklan

kesungguhan mengangkat

aruah bangsa dan nusa

Iklan

di negara dan di pentas mancabenua

dikau mengotakan kata

meletakkan bahasa watan di mercu

yakin diri akan kewibawaannya

kerana lebih sealaf memang bahasa watan telah teruji zaman

bak ungkapan Van Linschoten dan Francois Valentijn

bahasa yang harum masyhur di belahan dunia Timur

setara bahasa Latin dan bahasa Perancis di benua atas angin

bahasa wasilah ranah agama, ketatanegaraan, undang-undang, perubatan, persenjataan, seni bina dan susastera

bahasa yang diiktiraf kuasa asing dalam ranah diplomasi zaman bahari

segala warkah dan triti terungkap dalam bahasa watan beraksara Jawi



Kini dikau melaksanakan taklif

mengangkat maruah dan martabat bahasa watan

di bumi pilihan dan di mancabenua

Semoga sekalian wazir, sida-sida dan pacal rakyat jelata

menyertaimu dalam jihad ABATA

Semoga upaya tulusmu membuka barakah Allah

meletakkan watan di landasan watan yang makmur dalam keredaan Tuhan

Baldatun tayyibatun warabbun ghafur.

Awang Sariyan

Duha 25 September 2022/28 Safar 2022